Terma dan Syarat Penggunaan, Penolakan tuntutan dan Polisi Pautan

  • 1. Pengakuan dan Penerimaan Syarat-syarat Am
    Laman web ini yang boleh diakses di www.presgogateways.com ("Laman web") dimiliki Presgo Gateways Sdn Bhd ("Presgo Gateways"). Akses pengguna kepada Laman web, dan penggunaan kandungan di dalam Laman web dan/atau apa-apa maklumat dalam apa-apa bentuk yang didapati daripada Laman web ini adalah tertakluk kepada penerimaan terma-terma dan syarat-syarat penggunaan yang terkandung selepas ini.
  • 2. Harta Intelek dan Tuanpunya Hak
    Bahan yang dipamerkan dan terkandung dalam Laman web ini, yang mungkin termasuk (tanpa had) semua maklumat, data, bahan, grafik, harga atau maklumat lain serta apa-apa program perisian yang boleh didapati di atau melalui Laman web ("Kandungan" atau "Kandungan-kandungan" berdasarkan konteks), adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda niaga dan/atau undang-undang harta intelek lain, kecuali dinyatakan sebaliknya. Semua hak, hakmilik dan kepentingan berkaitan dengan Kandungan adalah dimiliki, dilesenkan kepada atau dikawal oleh Presgo Gateways.

    Nama 'Presgo Gateways Sdn Bhd' dan logo Presgo Gateways, termasuk nama dan logo kumpulan syarikat, adalah tanda niaga Presgo Gateways. Semua tanda lain, nama niaga, nama produk dan logo yang terkandung dalam Laman web diguna hanya untuk editorial sahaja tanpa apa-apa niat untuk melanggar hak dan adalah bagi manfaat pemilik nama produk dan logo masing-masing.

    Pengguna mengakui bahawa Laman web dan Kandungan-kandungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, foto, grafik dan apa-apa aplikasi audio dan video, adalah direka bentuk dan dipersembahkan oleh Presgo Gateways dalam suatu format dan bentuk yang khusus untuk Prego Gateways ("Presgo Gateways's Look and Feel"). Presgo Gateways's Look and Feel adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan/atau undang-undang harta intelek terpakai yang lain.

    Pengguna boleh melihat Laman web dan Kandungan-kandungannya dan mencetak satu salinan Laman web, atau sesuatu bahagian daripada Laman web, hanya untuk penggunaan peribadi dan bukan penggunaan komersial, penyelidikan atau maklumat.

    Melainkan yang dinyatakan di atas, Pengguna dilarang menyalin, menyimpan (sama ada dalam bentuk salinan keras atau dalam sistem perolehan kembali elektronik), memuat turun, menghantar, memindah, menerbit, mengeluarkan semula, menyiar, mempamer, mengedar, menjual, melesenkan apa-apa bahagian daripada Kandungan-kandungan kepada pihak ketiga sama ada untuk tujuan komersial, untuk manfaat kewangan atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis Presgo Gateways terlebih dahulu.
  • 3. Had Liabiliti dan Penolakan Tuntutan
    Presgo Gateways akan menggunakan ikhtiar yang munasabahuntuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung di dalam Laman web dan Kandungan-kandungannya adalah tepat, betul dan diperoleh daripada sumber yang diyakini boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, pengguna mestilah mengambil maklum bahawa kelewatan, ketinggalan atau ketidaktepatan mungkin berlaku akibat daripada kerosakan semula jadi komunikasi elektronik. Peruntukan maklumat dalam Laman web dan Kandungan-kandungannya, termasuk bahan yang terkandung dalam pengumuman, adalah disediakan kepada Pengguna atas dasar “sedia ada” tanpa apa-apa representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk.

    Presgo Gateways dan kumpulan syarikat Presgo Gateways menolak semua jaminan nyata, tersirat dan statutori dalam apa juga bentuk kepada Pengguna atau pihak ketiga berkenaan Laman web atau Kandungan-kandungannya, termasuk tanpa had, representasi dan jaminan yang berkenaan dengan ketepatan, ketepatan masa, kekinian, kelengkapan, tanpa pelanggaran, kebolehdagangan, kebolehgunaan maklumat untuk apa jua tujuan, atau apa-apa representasi atau jaminan yang timbul daripada penggunaan atau adatatau perdagangan atau oleh operasi undang-undang.

    Presgo Gateways dan kumpulan syarikat Presgo Gateways tidak akan dalam apa jua keadaan bertanggungjawab kepada Pengguna atau pihak ketiga untuk apa-apa kerugian atau kecederaan yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada kontingensi di luar kawalannya dalam perolehan, penyusunan, pentafsiran, penyuntingan, pelaporan atau penyampaian Kandungan-kandungan atau sebahagian daripadanya.

    Presgo Gateways dan kumpulan syarikat Presgo Gateways menolak apa-apa liabiliti berkenaan dengan akibat daripada apa-apa kesilapan atau ketinggalan. Presgo Gateways dan kumpulan syarikat Presgo Gateways tidak akan bertanggungjawab dalam mana-mana keadaan berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Laman web atau Kandungan-kandungannya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa keputusan yang dibuat atau tindakan yang diambil oleh Pengguna kerana bergantung pada kandungan berkenaan, atau kerosakan yang dialami, sama ada secara langsung, akibat, khas, punitif, tersirat atau sebaliknya, meskipun telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan berkenaan.
  • 4. Bahasa
    Kandungan versi Bahasa Inggeris di dalam Laman web akan digunapakai dan akan mengatasi versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina sekiranya terdapat ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia atau versi Bahasa Cina atau kedua-duanya. Presgo Gateways dan kumpulan syarikat Presgo Gateways menolak apa-apa dan semua liabiliti yang timbul dari atau berkenaan apa-apa pengunaan, penyalahgunaan atau pergantungan kepada versi-versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.
  • 5. Polisi Pautan
    Pengguna diminta untuk mengambil maklum bahawa semua pautan daripada Laman web ("Laman Pautan") adalah disediakan untuk kemudahan Pengguna sahaja.

    Maklumat dan kandungan yang boleh dilihat oleh Pengguna di Laman Pautan, termasuk apa-apa pindaan atau kemas kini , adalah tidak dikawal, dikaji atau diluluskan oleh Presgo Gateways dan tidak boleh dianggap sebagai diberikan oleh Presgo Gateways. Pengguna diminta untuk mengambil maklum bahawa Presgo Gateways tidak bertanggungjawab atas, dan juga tidak membuat apa-apa representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk atas kandungan Laman Pautan.

    Kemasukan hiperpautan kepada Laman Pautan bukan petunjuk pengesahan oleh Presgo Gateways atas Laman Pautan atau mana-mana bahagian kandungannya. Presgo Gateways dengan nyata menolak apa-apa liabiliti bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Pengguna atau mana-mana pihak ketiga, yang timbul daripada, yang berkaitan dengan atau ekoran daripada pautan ini.

    Presgo Gateways berhak pada bila-bila masa dan atas budi bicaranya untuk menamatkan mana-mana pautan yang tidak sah atau rangka daripada Laman web.
  • 6. Pautan kepada Laman Web
    Pertubuhan pautan kepada Laman web adalah sentiasa tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan selepas ini.
    Pautan mestilah pautan teks sahaja yang ditanda dengan jelas "Laman web Presgo Gateways" atau www.presgogateways.com dan mesti "menunjuk" kepada URL http://www.presgogateways.com.

    Pengguna mestilah mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan yang berikut:-
    • a. bahawa pautan atau mana-mana bahagian daripadanya tidak merosakkan atau mengurangkan nama baik yang dikaitkan dengan nama dan tanda-tanda Presgo Gateways, dan di mana berkaitan, kumpulan syarikatnya;
    • b. bahawa pautan atau mana-mana bahagian daripadanya tidak mewujudkan atau memberikan gambaran palsu yang dikaitkan dengan atau ditaja oleh Presgo Gateways. Sehubungan itu, kewujudan pautan tidak boleh pada bila-bila masa dijadikan petunjuk kepada pengesahan Presgo Gateways atau kerjasama Presgo Gateways dengan laman web yang dipaut;
    • c. bahawa pautan itu, bila diaktifkan, mestilah mempamerkan Laman web dalam format skrin penuh dan tidak di dalam rangka di dalam laman web yang dipaut;
    • d. bahawa Laman web atau Kandungan-kandungannya mestilah tidak dipaut atau dirangka kepada mana-mana laman yang mengandungi kandungan yang tidak sesuai, tidak senonoh, memfitnah, menghina, lucah, sumbang, atau tidak mematuhi undang-undang, atau kandungan yang melanggar mana-mana hak cipta, tanda dagang, harta intelek atau undang-undang privasi.
    Penggunaan nama atau tanda Presgo Gateways selain daripada yang dinyatakan adalah dibenarkan tanpa keizinan bertulis yang dinyatakan oleh Presgo Gateways terlebih dahulu.
    Presgo Gateways tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Pengguna atau mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada pautan dari Laman web itu. Oleh itu, Presgo Gateways berhak untuk mencari penyelesaian yang sedia ada dari segi undang-undang atau dalam ekuiti untuk apa-apa pelanggaran atau kemungkiran terma-terma pautan.
    Presgo Gateways tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Pengguna atau mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada pautan dari Laman web itu. Oleh itu, Presgo Gateways berhak untuk mencari penyelesaian yang sedia ada dari segi undang-undang atau dalam ekuiti untuk apa-apa pelanggaran atau kemungkiran terma-terma pautan.
    Walau apa pun yang terkandung di sini sebelum ini, pautan kepada apa-apa bahagian atau bahagian spesifik Kandungan-kandungan tidak dibenarkan pada bila-bila masa, kecuali ditentukan sebaliknya dengan nyata oleh Presgo Gateways.
  • 7. Pengiklanan
    Laman web ini mungkin mengandungi iklan-iklan atau apa-apa maklumat dan bahan tentang produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan atau disediakan oleh pihak ketiga ("Maklumat Pihak Ketiga"). Maklumat Pihak Ketiga mungkin mengandungi hiperpautan terbenam kepada laman web yang dimiliki dan dijalankan oleh pihak ketiga yang relevan atau pemegang lesen atau agen mereka. Presgo Gateways tidak membuat representasi atau jaminan dalam apa-apa bentuk berhubungan dengan Maklumat Pihak Ketiga, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada apa-apa tindakan, kesalahan atau ketinggalan yang timbul daripada Maklumat Pihak Ketiga, atau laman web pautan pihak ketiga yang relevan.

    Presgo Gateways pada bila-bila masa tidak mengesyorkan, mengesahkan atau menawarkan produk atau perkhidmatan yang diiklankan melalui maklumat Pihak Ketiga. Pengguna mestilah mengakui bahawa produk atau perkhidmatan berkenaan tidak ditawarkan oleh Presgo Gateways, dan Presgo Gateways tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa produk atau perkhidmatan yang dibeli di laman web pihak ketiga.
  • 8. Perubahan kepada Laman web/Kandungan/Terma-terma & Syarat-syarat
    Presgo Gateways berhak pada bila-bila masa dan atas budi bicaranya untuk mengkaji semula, mengubah atau meminda Kandungan-kandungan dan/atau terma-terma dan syarat-syarat penggunaan seperti yang terkandung di sini. Penggunaan berterusan Laman web oleh Pengguna berikutan apa-apa kajian semula, perubahan, pemindaan akan dianggap sebagai penerimaan, dan persetujuan untuk diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang telah dikaji semula, diubah dan dipinda tersebut.
  • 9. Pelanggaran Terma-terma & Syarat-syarat
    Presgo Gateways berhak untuk mencari apa-apa penyelesaian yang sedia ada dalam undang-undang atau ekuiti bagi apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak untuk menghalang akses Pengguna yang melanggar terma-terma dan syarat-syarat tersebut, kepada Laman web. Presgo Gateways juga berhak untuk menentukan sama ada Pengguna telah melanggar terma-terma dan syarat-syarat di sini.
  • 10. Undang-undang Terpakai
    Terma-terma dan syarat-syarat ini dikawalselia, ditafsirkan dan dikuatkuasa mengikut undang-undang Malaysia.