Petak Sementara

Permohonan Petak Sementara adalah untuk tujuan keramaian,perniagaan, pembinaan atau lain-lain tujuan untuk jangka masa yang diperlukan. Dan bayaran boleh dibuat selepas permohonan diluluskan. Harga bagi sewaan Sewa Setengah Hari atau Sebahagian daripadanya adalah RM6.00, manakala RM12.00 Sewa Satu Hari.

Terma & Syarat Permohonan Petak Sementara:

1. Penghantaran wang tunai tidak dibenarkan melalui Pos.
2. Semua permohonan adalah berdasarkan kepada kelulusan pihak Majlis.
3. Lampirkan salinan kad pengenalan, salinan lesen perniagaan, salinan permit lesen petak sementara (dari MBJB) dan gambar premis perniagaan atau pelan (no. petak dan nama jalan).
4. Sila hantar borang yang telah lengkap atau datang sendiri ke pejabat jualan.
5. Dilarang membina bangunan atau berniaga di atas petak yang disewa (selain dari yang dibenarkan).
6. Tiada pengembalian wang / pertukaran hak milik / pertukaran lokasi dibenarkan bagi pembatalan mana-mana Petak Sementara yang masih sah tempoh penggunaannya.
7. Pihak Majlis berhak untuk membatalkan penyewaan tanpa sebarang notis dan penyewa tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan.