Kupon Tempat Letak Kereta

Kupon Zon Iskandar ini boleh diguna-pakai di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

Kupon adalah satu sistem bayaran tempat letak kenderaan digemari oleh banyak pihak berkuasa tempatan di Malaysia kerana ia menawarkan piawaian, kemudahan dan fleksibiliti kepada pengguna.

Dengan mengguna pakai jenis kupon Scratch-Off, pengguna perlu benar-benar menggores tarikh dan masa mereka meletakkan kenderaan mereka.

Kupon ini kemudiannya dipamerkan pada 'dashboard' kereta, di mana ia boleh disemak oleh penguatkuasa.

Syarat - Syarat Pengunaan Kupon :
1) Semak kupon sebelum menggunakannya.
2) Tempoh penggunaan buku kupon hanya sah laku mengikut tahun yang tertera pada buku kupon.
3) Kupon yang rosak , cacat atau diubahsuai tidak sah digunakan.
4) Sila rujuk papan kenyataan untuk mengetahui jadual operasi dan kadar bayaran.
5) Setiap kupon mestilah dipamerkan dengan jelas dan tersusun ditingkap sebelah pemandu atau 'dashboard' kenderaan.
6) Pihak berkuasa atau agen yang dilantik tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda semasa di dalam kawasan tempat letak kereta
7) Kupon yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan, tidak boleh dibayar balik dan tidak boleh ditukar ganti.

Bagi tujuan menunjukkan waktu bermula penggunaan petak letak kereta kupon ini perlu digores 5 bahagian iaitu :


#Tahun #Bulan #Hari


#Jam #Minit