Perutusan Pengerusi Eksekutif

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung Laman Web Syarikat Presgo Gateways Sdn. Bhd. Laman Web ini dibangunkan dengan tujuan utama untuk mendekati dan memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan kami.

Kemajuan dan kepesatan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini, telah mendorong Syarikat Presgo Gateways Sdn. Bhd. untuk mewujudkan kaedah pengurusan tempat letak kereta yang efisien dan efektif serta mudah digunakan oleh semua peringkat usia.

Syarikat Presgo Gateways, dengan dibantu oleh Team Pengurusan yang berpengalaman akan bersama-sama memberikan komitmen untuk menjayakan sistem yang dibangunkan ini demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Pihak Berkuasa Tempatan khasnya dan kepada masyarakat umum amnya.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar semua pengguna Sistem Pengurusan Letak Kereta Hibrid (Kupon dan MBJB Spot) ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.