Ejen Jualan Kupon Letak Kereta

Terma & Syarat Menjadi Ejen
1) Semua permohonan berdasarkan kepada kelulusan pihak Syarikat.
2) Semua permohonan mesti dilampirkan dengan salinan Kad Pengenalan atau Lesen Perniagaan.
3) Sila Hantar borang yang telah lengkap atau datang ke pejabat jualan untuk mendapatkan borang.
4) Agen akan diberi diskaun sebanyak lima peratus(5%) dari nilai bilangan buku-buku yang dibeli.
5) Buku kupon yang dibeli tidak boleh dikembalikan (non-returnable), tidak boleh dibayar balik (non-refundable) dan tidak boleh ditukar ganti(non-exchangeable).
6) Penggantian buku kupon yang rosak atau cacat akibat dari kesilapan cetakan boleh dilakukan dalam tempoh satu bulan dari tarikh pembelian.
7) Tempoh penggunaan buku kupon sah laku mengikut tahun yang tertera pada buku kupon.
8) Adalah dilarang untuk menjual kupon pada harga yang lebih tinggi atau lebih rendah (dari harga yang tercatat pada buku kupon).
9) Papantanda perlu dijaga dengan baik dan dipaparkan di hadapan premis perniagaan.