Soalan Lazim

PAS BULANAN

  • 1) Apakah yang perlu saya lakukan untuk membeli Pas Bulanan?
    • a) Anda perlu datang ke pejabat atau cawangan Presgo Gateways bagi membuat pembelian Pas Bulanan
    • b) Lengkapkan borang permohonan yang disediakan. Maklumat yang diperlukan ialah :
      Nama penuh dan nombor kad pengenalan
      Alamat surat menyurat dan nombor telefon
      Nombor pendaftaran dan jenis kenderaan
      Tempoh minimum pembelian Pas Bulanan
    • c) Serahkan borang yang lengkap kepada kerani kaunter untuk diproses
    • d) Pas Bulanan akan diserahkan terus kepada anda selepas pembayaran diterima
  • 2) Berapakah harga bayaran bagi Pas Bulanan tersebut?
    Harga Pas Bulanan ialah RM75.00 bagi satu bulan untuk satu kenderaan. Pembelian minimum ialah tiga (3) bulan.
  • 3) Bagaimanakah cara pembayaran Pas Bulanan?
    Pas Bulanan boleh dibayar secara tunai di kaunter pejabat atau cawangan Presgo Gateways atau melalui mana-mana ejen jualan kami yang sah.
  • 4) Adakah Pas Bulanan boleh diperbaharui secara automatik?
    Tidak. Anda perlu datang sendiri ke pejabat bagi memperbaharui Pas Bulanan.
    Pihak syarikat juga tidak bertanggungjawab jika Pas Bulanan anda tamat tempoh.
  • 5) Saya tidak mahu menggunakan Pas Bulanan ini lagi. Bagaimanakah cara untuk membuat pembatalan?
    Anda tidak perlu memperbaharui Pas Bulanan jika tidak mahu menggunakannya lagi.
    Pas Bulanan yang telah dibeli tidak boleh dibatalkan.
  • 6) Di mana Pas Bulanan ini boleh digunakan?
    Pas Bulanan ini boleh digunakan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru sahaja.
  • 7) Bolehkah Pas Bulanan ini dikongsi dengan orang lain / kenderaan lain?
    Tidak. Pas Bulanan yang telah dikeluarkan tidak boleh dikongsi dengan orang lain / kenderaan lain.
    Pas Bulanan yang telah dikeluarkan adalah dicetak dengan nombor pendaftaran kenderaan anda dan hanya satu Pas Bulanan untuk satu kenderaan.

  • PENDAFTARAN PENGGUNA
  • 8) Mengapa saya perlu mendaftar semasa membuat pembelian Pas Bulanan?
    Pendaftaran perlu dibuat semasa pembelian Pas Bulanan bagi tujuan rekod dan data syarikat.
  • 9) Apakah yang akan dilakukan oleh Presgo Gateways dengan maklumat yang diberikan semasa pendaftaran?
    Maklumat anda disimpan bagi tujuan rekod dan data syarikat. Ia membantu kami menghubungi anda sekiranya perlu.
  • 10) Adakah maklumat saya selamat dan terjamin dengan Presgo Gateways?
    Ya, maklumat anda selamat dan terjamin dengan Presgo Gateways.
    Pihak syarikat tidak akan mendedahkan / mengekploitasi / menjual maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga.
  • 11) Bolehkah saya membeli Pas Bulanan tanpa membuat pendaftaran atau memberi maklumat peribadi saya kepada Presgo Gateways?
    Tidak, anda wajib membuat pendaftaran dengan memberikan maklumat yang diperlukan sebelum membeli Pas Bulanan.

  • PAS BULANAN HILANG
  • 12) Pas Bulanan saya hilang, apa yang patut saya buat?
    Anda perlu membuat laporan polis atas kehilangan Pas Bulanan dan datang ke pejabat atau cawangan Presgo Gateways bagi membuat penggantian Pas Bulanan yang hilang.
  • 13) Bagaimana cara membuat penggantian Pas Bulanan yang hilang?
    Anda perlu bawa satu salinan laporan polis ke kaunter pejabat dan isi borang penggantian. Kami akan membatalkan Pas Bulanan yang hilang dan mengeluarkan Pas Bulanan yang baru kepada anda.
  • 14) Saya telah menukar kereta baru. Adakah saya perlu membeli Pas Bulanan yang baru?
    Tidak perlu membeli Pas Bulanan yang baru. Anda boleh membuat penggantian Pas Bulanan lama kepada yang baru. Pas Bulanan yang lama wajib dipulangkan kepada syarikat sekiranya hendak menukar kepada kenderaan baru.
  • 15) Adakah apa-apa bayaran dikenakan bagi penggantian Pas Bulanan?
    Ya, setiap penggantian Pas Bulanan akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00

  • MBJB SPOT
  • 1) Apakah yang perlu saya lakukan untuk melanggan MBJB Spot?
    Anda perlu memuat turun secara percuma aplikasi MBJB Spot dari Google Play Store / App Store (iOS).
  • 2) Bagaimanakah cara-cara untuk memuat turun aplikasi MBJB Spot?
    • a) Dalam carian Google Play Store / App Store (iOS), cari MBJB Spot
    • b) Muat turun dan tunggu sehingga selesai
    • c) Setelah muat turun selesai, install MBJB Spot, tunggu sehingga selesai, kemudian klik Open
    • d) Daftar (sign up) user dengan email yang aktif beserta katalaluan dan maklumat asas.
    • e) Pengesahan email akan dihantar ke email yang telah didaftarkan, klik Link yang diberikan.
    • f) Setelah pengesahan dibuat, anda boleh sign in MBJB spot
  • 3) Bagaimanakah cara pembelian Reload MBJB Spot?
    Reload MBJB Spot boleh dibuat dengan dua cara :-
    • a) Reload melalui ecoupon yang dibeli di kaunter pejabat, dengan kadar minimum RM10.00
    • b) Reload melalui Kad Kredit/Kad Debit/FPX secara online, dengan kadar minimum RM20.00.
      Transaksi Reload adalah melalui Mol Pay Payment Gateway
  • 4) Bagaimana saya mendaftarkan nombor kereta saya dalam MBJB Spot
    Pilih menu Vehicles, klik ikon kereta. Masukkan nombor dan pilih warna serta model kereta. Klik OK.
    Jika ada kereta yang ke-2 dan seterusnya, teknik penambahan sila guna pakai cara yang sama.
    Pastikan nombor kereta dimasukkan sepenuhnya, contoh PUTRAJAYA1234
  • 5) Apa yang perlu saya buat jika masih kena kompaun, walaupun telah menggunakan MBJB Spot?
    Anda boleh memaklumkan kepada pihak kami dan tindakan semakan akan dilaksanakan oleh pihak kami. Jika benar, proses permohonan pembatalan kompaun akan dilaksanakan. Pihak kami juga akan menghantarkan makluman ke email pengguna.
  • 6) Saya cuba untuk reload secara online tetapi tidak berjaya, mengapa?
    Kegagalan reload secara online mungkin disebabkan faktor liputan internet yang tidak stabil dan kurang memuaskan.
  • 7) Saya ada dua kenderaan, bolehkah saya mendaftar menggunakan satu akaun?
    Ya, anda boleh mendaftar lebih daripada satu kenderaan dalam satu akaun.
  • 8) Bagaimana saya boleh tahu sekiranya tempoh penggunaan MBJB Spot telah tamat?
    Sila aktifkan tetapan notifikasi dalam setting MBJB Spot. Notifikasi akan diberikan dalam tempoh 10 minit sebelum tamat tempoh parkir. Anda boleh tambah masa parkir atau abaikan notifikasi ini bergantung kepada keperluan.
  • 9) Berapa jam maksimum yang boleh saya gunakan dalam MBJB Spot.
    Maksimum adalah 10 jam. Anda boleh tambah mengikut keperluan bagi jam berikutnya.
  • 10) Bolehkah saya parkir di satu tempat dan kemudian beralih ke petak parkir lain, sekiranya MBJB Spot saya masih ada tempoh parkir?
    Boleh sekiranya masih ada tempoh parkir
  • 11) Sekiranya saya tidak mahu lagi menggunakan MBJB Spot, bolehkah saya mendapatkan semula baki reload?
    Baki reload tidak akan dikembalikan tetapi anda boleh menggunakannya untuk parkir kenderaan lain sehingga reload habis digunakan. Contoh parkir kenderaan sahabat atau ahli keluarga
  • 12) MBJB Spot ini sah digunakan di mana?
    MBJB Spot sah digunakan di semua kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sahaja.
  • 13) Bagaimana cara saya hendak mengguna-pakai MBJB Spot jika saya telah menukar telefon yang baru.
    Anda hanya perlu download aplikasi MBJB Spot dari Google Play Store atau App Store (iOS). Install dan Open MBJB Spot. Sign In guna-pakai akaun email dan password yang sama.