Panduan

SENARAI KESALAHAN KOMPAUN LETAK KERETA
BIL PENERANGAN   KESALAHAN DENDA (RM)
1 Tidak   mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau Syarikat Pengendali   semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon 30.00
2 Mempamerkan   Kupon Letak Kereta yang telah tamat tempoh yang dibenarkan 30.00
3 Mempamerkan   kupon letak kereta di dalam keadaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak   dapat dikenal-pasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa (Tempat Letak   Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan 30.00
4 Mempamerkan   kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul 30.00
5 Meletakkan   kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta di tempat letak kereta 30.00
6 Kenderaan   bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalu-lintas 30.00
7 Berniaga   di tempat letak kereta 30.00
8 Meletak   kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba 100.00
9 Meletak   kenderaan bermotor di kawasan kaki lima / siar kaki 100.00
10 Meletak   kenderaan bermotor di tempat letak kereta bermusim tanpa pas bermusim yang   sah 100.00
11 Meletak   kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan   itu 100.00
12 Mempamerkan   kupon yang tidak sah semasa meletak kenderaan bermotor di petak letak kereta   di tempat letak kereta 100.00
13 Kupon   letak kereta yang telah dipinda, diubah, dirosakkan, dilipat atau diconteng   adalah terhenti menjadi sah untuk digunakan. 100.00
14 Dimana   dua atau lebih kupon dipamerkan untuk meliputi tempoh masa kenderaan itu   diletakkan didalam tempat letak kereta berkupon. Masa permulaan kupon yang   kedua atau kupon-kupon yang berikutnya hendaklah bersambung serta-merta   setelah tamat tempoh 100.00
15 Tiada   seorang pun dibolehkan mempamerkan sesuatu kupon letak kereta dengan masa   permulaanya adalah lebih lewat daripada masa sebenarnya. 100.00
16 Tiada   sesiapa pun boleh membaiki sesebuah kenderaan bermotor atau membenarkan   sesebuah kenderaan bermotor dibaiki di tempat letak kereta. 100.00
17 Tiada   sesiapa pun boleh mencuci atau membersihkan atau menyebabkan atau membenarkan   dicuci atau dibersihkan mana-mana kenderaan bermotor di tempat letak kereta. 100.00
18 Kenderaan   bermotor di sesuatu tempat letak kereta tidak boleh dibiarkan tidak   bertunggu. 100.00
19 Tiada   sesiapa pun boleh menggalang atau menyebabkan galangan di mana-mana tempat   letak kereta awam atau tempat letak kereta yang diwartakan dalam perintah ini   atau mana-mana kenderaan bermotor yang diletakkan bukan ditempat letak kereta   yang diwartakan 30.00
20 Tiada   sesiapa pun boleh meletakkan sesuatu kenderaan bermotor, menyebabkan,   membenarkan mana-mana kenderaan bermotor diletakkan atau menunggu dimana-mana   tanah, bangunan, jalan atau mana-mana bahagian jalan melainkan ditempat atau   petak letak kereta yang disediakan oleh Majlis 30.00
21 Menggunakan   mana-mana tempat atau petak letak kereta bagi maksud menjalankan apa-apa   perdagangan, penjajaan atau perniagaan tertakluk pada kelulusan Pihak   Berkuasa Tempatan 100.00
22 Menggunakan   mana-mana tempat atau petak letak kereta bagi sebarang aktiviti yang tidak   mendapat kebenaran pihak Majlis 100.00
23 Menghalang   atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta yang   dikhaskan untuk orang kurang upaya 100.00
24 Menghalang   atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat letak kereta atau petak letak   kereta seperti khemah, tong, roro, bahan binaan dan apa-apa jua barangan yang   diletakkan dalam tempat atau petak letak kereta 100.00